Hassan Rouhani: Saintis Iran akan Lebih Tabah

2020-11-29 14:36:15  CRI
Share with:

Presiden Iran, Hassan Rouhani menyatakan duka cita atas pembunuhan saintis Iran, Mohsen Fakhrizadeh semalam. Beliau menyatakan bahawa kegiatan ganas tidak dapat menghalang usaha saintis Iran, sebaliknya akan menjadikan mereka lebih tabah.

Fakhrizadeh, ahli fizik nuklear yang dikenali sebagai kunci bagi program nuklear negara itu.

Rouhani mendakwa bahawa musuh Iran melakukan pembunuhan itu kerana tidak dapat menerima kemajuan Iran dalam penyelidikan sains dan teknologi dan menemui kegagalan satu demi satu dalam bidang politik. Serangan ganas itu memperlihatkan kejahatan dan rasa benci mereka.

Pada hari yang sama, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei menuntut bahawa penjenayah terbabit mesti dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Menurut laporan media tempatan, kereta yang dinaiki Mohsen Fakhrizadeh mengalami serangan letupan bom di tempat 60 kilometer dari timur laut Tehran petang Jumaat, sebelum pertempuran menembak berlaku. Banyak yang maut dan cedera dalam serangan tersebut.

Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

覃淼