Barat Disaran Dalami Model Basmi Kemiskinan China

2020-11-30 12:04:42  CRI
Share with:

Dunia Barat sepatutnya mendalami model pembasmian kemiskinan di China, ujar seorang pakar dari Sepanyol, Xulio Rios.

Seperti yang dinyatakannya dalam sebuah artikel disiarkan menerusi laman web Pemerhatian Polisi China Sepanyol, kejayaan China dalam menghapuskan kemiskinan tegar terbukti bahawa masalah itu boleh diatasi dengan ketabahan dan kesungguhan politik. Selain itu, suatu model perlu ditetapkan hingga menjadi rujukan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, jurang pendapatan boleh guna per kapita antara penduduk dari bandar dengan luar bandar di China semakin berkurangan.

Untuk rekod, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita China melebihi paras USD10,000 (RM40,705), dengan populasi berpendapatan sederhana mencecah 400 juta orang.

董筱娉