Olimpik Tokyo Berdepan Tambahan Kos Besar

2020-11-30 11:51:42  CRI
Share with:

Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo berikutan pandemik COVID-19 mungkin menelan kos tambahan sebanyak USD1.9 bilion (RM7.73 bilion) berbanding bajet asal USD13 bilion (RM52.90 bilion), iaitu mencatat peningkatan sebanyak 15 peratus.

Pihak penganjur dilaporkan akan memutuskan tambahan bajet bagi temasya sukan itu paling awal pada pertengahan bulan depan selepas berbincang bersama kerajaan Jepun dan kota penganjuran Tokyo.

Sukan Olimpik 2020 terpaksa dianjakkan ke tahun depan berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia dan kini dijadual berlangsung bermula 23 Julai 2021.

Bagaimanapun penangguhan itu menyebabkan pihak penganjur perlu menanggung tambahan kos besar daripada tempahan semula venue, pengangkutan untuk satu komuniti penganjuran temasya berskala besar serta kerugian susulan pembayaran balik tiket.

周乔西