Australia Digesa Heret Pesalah ke Muka Pengadilan

2020-12-01 12:43:27  CRI
Share with:

Kerajaan Australia digesa mengheret anggota tenteranya yang terlibat dalam pembunuhan rakyat Afghanistan ke muka pengadilan dan membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Afghanistan.

Gesaan dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying sebagai balasan terhadap tuntutan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison yang mahu rakan sekerjanya Zhao Lijian memohon maaf kerana menyiarkan kartun tentang kekejaman tentera Australia membunuh kanak-kanak Afghanistan dalam akaun Twitternya.

Hua dalam sidang media semalam berkata, jenayah teruk anggota tentera Australia di Afghanistan telah didedahkan oleh media negara itu sendiri, dan juga disahkan dalam laporan siasatan kementerian pertahanan negara itu dengan mendedahkan butir-butir yang sangat mengejutkan dan dahsyat.

Menyentuh tentang reaksi keras pihak Australia terhadap pengedaran kartun itu, Hua mengeluarkan pertanyaan bahawa apakah ia ingin membawa maksud pembunuhan orang awam oleh tentera Australia dapat dijustifikasikan, tetapi tiada kewajaran untuk mengecam kekejamannya.

周乔西