Dunia Bidas Insiden Kematian Saintis Iran

2020-12-01 14:09:52  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa menyuarakan kecaman terhadap insiden kematian saintis kanan nuklear Iran, Mohsen Fakhrizadeh.

Kementerian Luar Jerman menerusi jurucakapnya meluahkan rasa prihatin dan kebimbangan, di samping merayu kepada pihak-pihak terbabit supaya bersabar dan mengelak situasi bertambah buruk.

Dalam satu kenyataan semalam berbunyi, adalah sangat penting untuk memastikan saluran berdialog dengan Iran kekal lancar kerana ini berhubung kait dengan penyelesaian isu nuklear negara itu menerusi rundingan.

Dalam pada itu, Jabatan Kerjasama Antarabangsa dan Diplomasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kenyataannya mengutuk insiden pembunuhan tersebut, yang bakal menyebabkan konflik di rantau berkenaan meruncing lagi.

UAE menggesa supaya pihak terlibat bertenang seboleh mungkin bagi mengelak konflik menjadi lebih buruk hingga mengancam keamanan dan kestabilan rantau.

董筱娉