PBB: Perlu Bantuan Kemanusiaan Lebih Besar

2020-12-02 14:13:39  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan Tinjauan Tahunan Kemanusiaan Global menjangkakan sebanyak 235 juta orang di seluruh dunia memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan tahun depan, meningkat 40% berbanding tahun ini.

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Mark Lowcock pada Selasa berkata, peningkatan ini hampir kebanyakannya disebabkan wabak COVID-19 yang mengakibatkan berjuta-juta orang terhimpit kemiskinan.

Sekurang-kurangnya USD35  bilion (RM142.7 bilion) diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut yang melonjak disebabkan juga konflik, perpindahan, bencana alam dan perubahan iklim, selain risiko berlakunya lebih banyak kebuluran.

梁靓