Masyarakat Antarabangsa Menilai Tinggi Pendaratan Chang'e di Bulan

2020-12-02 13:18:56  CRI
Share with:

Masyarakat Antarabangsa Menilai Tinggi Pendaratan Chang'e di Bulan

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam, proba penyelidikan Chang'e-5 China berjaya mendarat di bulan bagi misi mengumpul dan membawa pulang 'batu-batu dan tanah' seberat dua kilogram dari Bulan ke Bumi untuk dianalisis. Sudah lebih 44 tahun sejak kali terakhir umat manusia mencapai matlamat ini. Proba Luna 24 yang dilancarkan bekas Soviet Union berjaya membawa pulang batu keras seberat 200 gram pada masa itu.

Masyarakat Antarabangsa Menilai Tinggi Pendaratan Chang'e di Bulan

Dr. Thomas Zurbuchen, pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mengucapkan tahniah kepada China atas pendaratan proba penyelidikan Chang'e-5 di bulan menerusi akaun media sosialnya dengan berkata, tercapainya kejayaan ini tidak mudah.

Dr James Carpenter, penyelaras penjelajah sains bagi manusia dan robot Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) pula berkata, misi yang dijalankan proba penyelidikan Chang'e-5 amat rumit. Usaha yang dilakukan China meninggalkan kesan mendalam kepadanya kerana negara ini meningkatkan keupayaan penyelidikan dengan kaedah sains yang sistematik sejak misi Chang'e-5 peringkat awal hingga penyelidikan peringkat terkini.

曹捷