OECD Unjur Ekonomi Dunia Tumbuh 4.2% 2021

2020-12-02 14:14:28  CRI
Share with:

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi dunia akan meningkat 4.2 peratus pada tahun depan.

OECD dalam laporan semalam turut menyeru agar semua negara bertindak memperkukuh kerjasama antarabangsa dan mendorong pemulihan ekonomi global. 

Menurut laporan tersebut, ekonomi dunia dijangka menyusut 4.2 peratus pada tahun ini, sementara pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) dan zon euro masing-masing menguncup 3.7 peratus dan 7.5 peratus.

Pertubuhan itu juga menjangkakan China masih merupakan entiti ekonomi yang paling pesat berkembang pada tahun depan, dengan menyumbang lebih sepertiga kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

梁靓