Sidang Tahunan 2021 WEF di Singapura

2020-12-08 13:28:48  CRI
Share with:

Sidang tahunan 2021 Forum Ekonomi Dunia (WEF) dijadualkan akan berlangsung di Singapura pada 13 hingga 16 Mei tahun depan.

Demikian diumumkan WEF yang beribu pejabat di Switzerland semalam.

Dimaklumkan, sebelum ini, sidang berkenaan pernah dijadualkan akan berlangsung di pinggir Lucern, Switzerland. Bagaimanapun, dengan pertimbangan terhadap keadaan penularan wabak COVID-19, pihak penganjur beralih memilih Singapura dan menyifatkannya tempat terbaik. Selepas itu, hak tuan rumah sidang tahunan 2022 akan dikembalikan kepada Davos, Switzerland.

Sidang tahun depan akan menjadi mesyuarat fizikal yang pertama bagi pemimpin-pemimpin dari kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum membincangkan topik pemulihan ekonomi global pasca wabak, dengan tujuannya mencari pendekatan untuk menangani cabaran yang paling mendesak ini.

高蕾