WHO: Penularan Intensif Berlaku di Utara Itali pada Peringkat Awal COVID-19

2020-12-08 12:08:15  CRI
Share with:

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkaji data berkenaan termasuk penularan peringkat awal yang mungkin berlaku di Eropah dan penyebaran virus antara manusia dengan mink. Pada peringkat awal tercetusnya COVID-19, penularan intensif pernah berlaku di Wuhan, manakala dikesan juga berlaku di utara Itali.

Demikian dimaklumkan oleh pegawai WHO bagi program kecemasan kesihatan, Michael Ryan dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, walaubagaimanapun, sumber virus masih belum dikenal pasti. Pihaknya sedang bekerjasama dengan Itali dan negara lain di Eropah seperti Denmark untuk mengambil tahu situasi semasa itu.

张宪