Kempen 'Bulan Sukan dan Pelancongan China-ASEAN' Bakal Diadakan

2020-12-10 14:38:15  CRI
Share with:

Kempen 'Bulan Sukan dan Pelancongan China-ASEAN' bakal diadakan secara fizikal dan dalam talian pada bulan Disember ini.

Ekspo Sukan dan Pelancongan China-ASEAN yang menarik penglibatan lebih 100 pempamer akan diadakan secara fizikal, dengan menawarkan 7 zon pameran bertema seperti sukan laut, alat sukan kreatif dan sukan pintar.

Selain itu, 'Minggu Membeli-belah Barang Sukan China-ASEAN' pula akan diadakan secara maya. Kupon yang bernilai RMB 10 juta akan diberi sebagai subsidi kepada penduduk Guangxi  yang membeli-belah barangan sukan melalui platform JD.com dalam tempoh 10 hingga 21 Disember ini.

张宪