UAE Luluskan Pendaftaran Vaksin China

2020-12-10 12:58:40  CRI
Share with:

Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin tidak aktif yang dikembangkan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) di negara itu.

Kementerian Kesihatan dan Penceghan UAE  mengesahkan kelulusan vaksin tersebut melalui satu kenyataan semalam. Ini  menunjukkan kepercayaan dan akuan pihaknya terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin buatan China itu.

Menurut hasil ujian klinikal fasa tiga vaksin yang dijalankan oleh Sinopharm, kadar keberkesanan antijangkitan COVID-19 vaksin itu mencatat 86%, kadar tukaran neutralisasi serum antibodi mencatat 99%, dan boleh mencegah kes COVID-19 ringan kepada kes sederhana atau kritikal dengan seratus peratus.

Majlis pelancaran ujian klinikal fasa tiga vaksin tidak aktif oleh Sinopharm diadakan di UAE pada 23 Jun, diikuti ujian rasmi mula dijalankan pada 16 Julai.

Kira-kira 31,000 orang sukarelawan ari 125 buah negara dan kawasan yang tinggal di UAE menerima suntikan vaksin Sinopharm itu.

Pada 14 September, Kementerian Kesihatan dan Pencegahan UAE telah meluluskan penggunaan vaksin oleh Sinopharm itu pada kakitangan perubatan yang berjuang di barisan hadapan.

覃淼