AS Ada Tanggungjawabnya Kembali ke Perjanjian Nuklear Iran

2020-12-11 13:12:50  CRI
Share with:

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan, Amerika Syarikat (AS) mempunyai tanggungjawabnya kembali ke Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai Isu Nuklear Iran untuk menjalankan kewajipannya.

Menurut laporan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) semalam, Zarif berkata, pihaknya tidak berpandangan pesimis terhadap JAPOC pada masa depan. AS telah mencabuli hak dan kepentingan rakyat Iran tetapi gagal mencapai matlamatnya. Sebagai negara yang kalah dalam isu pengundurannya dari perjanjian itu, AS menjadikan rakyat Iran menderita tekanan. Maka, tiada pemenang dalam isu tersebut. Beliau menyeru agar situasi sekarang diubah menjadi menang-menang.

曹捷