Keyakinan Penuh Terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2020-12-13 14:06:41  CRI
Share with:

Keyakinan Penuh Terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Pada Sidang Kemuncak Olimpik ke-9 yang diadakan secara maya semalam, para hadirin menyatakan sokongan dan keyakinan penuh kepada penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Pada sidang itu, para hadirin telah diberitahu maklumat mengenai tindakan yang akan diambil untuk menghadapi kemungkinan berlaku wabak COVID-19 semasa berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing. Pekerjaan persiapan teknikal bagi Sukan Olimpik dijalankan dengan lancar walaupun aktiviti ujian stadium dan gelanggang sukan mengalami sedikit sebanyak rintangan. Semua stadium dan gelanggang sukan akan siap dibina sebelum hujung tahun ini.

Sementara itu, para hadirin juga mengadakan perbincangan mengenai sejumlah isu utama yang dihadapi Sukan Olimpik pada masa ini dan pengaruhnya terhadap masa depan.

Sidang Kemuncak itu diserikan dengan kehadiran Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Naib Presiden, Yu Zaiqing serta pegawai-pegawai pertubuhan sukan antarabangsa yang melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) serta pegawai-pegawai Jawatankuasa Olimpik China dan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China.

曹捷