António Guterres Seru Dunia Isytiharkan “Darurat Iklim”

2020-12-13 14:29:45  CRI
Share with:

António Guterres Seru Dunia Isytiharkan “Darurat Iklim”

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), António Guterres dalam ucapannya yang disampaikan sempena Sidang Kemuncak Ambisi Iklim 2020 semalam menyeru seluruh dunia agar mengisytiharkan “keadaan darurat iklim”.

Menurut beliau, walaupun Perjanjian Paris telah berkuat-kuasa selama 5 tahun, seluruh dunia belum berkembang menuju ke arah yang betul. Perjanjian tersebut komited untuk mengawal kenaikan suhu purata global dalam lingkungan 1.5 darjah Celsius berbanding tempoh sebelum perindustrian.

Guterres menyeru pemimpin pelbagai negara mengisytiharkan “keadaan darurat iklim” di negara masing-masing sehingga saat tercapainya 'neutral karbon' suatu masa kelak. Beliau berkata, kira-kira 38 buah negara sedang berusaha mencapai matlamat tersebut, sementara negara lain pula diharap berbuat begitu.

António Guterres Seru Dunia Isytiharkan “Darurat Iklim”

Beliau juga menekankan, matlamat utama PBB pada 2021 ialah meneruskan perjuangan membina persekutuan neutral karbon global yang sebenar menjelang pertengahan abad ini.

Oleh itu, beliau menyeru pelbagai negara agar mengambil jalan hijau demi matlamat pembangunan berterusan 2030 PBB, di samping mendesak negara maju menunaikan janjinya untuk membekalkan modal sebanyak USD100 bilion (RM405 bilion) kepada negara-negara membangun pada setiap tahun bermula 2020.

曹捷