Koordinasi Penting bagi Membina Semula Keyakinan Industri Pelancongan Sejagat

2020-12-13 13:34:39  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Organisasi Pelancongan Dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (UNWTO), Zurab Pololikashvili berkata, wabak COVID-19 telah membawa pengaruh yang 'drastik dan tidak pernah ada sebelumnya' kepada industri pelancongan dunia. Maka, koordinasi dan kerjasama antara kerajaan pelbagai negara dan antara kerajaan dengan sektor swasta amat penting bagi membina semula keyakinan industri pelancongan sejagat pada masa depan.

Pololikashvili ketika menerima wawancara eksklusif badan media China baru-baru ini memaklumkan, menurut Barometer Pelancongan Dunia edisi terkini yang dikeluarkan UNWTO pada bulan Oktober, dipengaruhi langkah kawalan pergerakan pelancongan dan keyakinan pengguna yang merosot dengan mendadak, bilangan pelancong pada lapan bulan pertama tahun ini telah menurun 70% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu berkurangan 700 juta orang pelancong, sekali gus mengakibatkan sektor pelancongan antarabangsa mengalami kerugian kira-kira USD730 bilion (RM3 trilion).

Walaubagaimana pun, beliau mengatakan bahawa berbanding dengan industri lain, industri pelancongan sentiasa menunjukkan daya tahan dan daya menyesuaikan diri yang kental. Kebanyakan anggota kumpulan pakar UNWTO meramalkan industri pelancongan antarabangsa berkemungkinan naik semula pada suku tahun ketiga tahun depan walaupun juga ada pakar menganggap kenaikan berkenaan hanya akan berlaku pada tahun 2022.

Pololikashvili berkata, UNWTO akan komited untuk mendorong perkembangan pelancongan karbon rendah dan memfokuskan sumbangan kepada usaha memperjuangkan matlamat iklim sejagat. 

曹捷