Tunjuk Perasaan di AS, 23 Diberkas

2020-12-14 12:52:40  CRI
Share with:

Tunjuk Perasaan di AS, 23 Diberkas

Dalam tunjuk perasaan ekoran ketidakpuasan terhadap keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Washington semalam, sekurang-kurang empat orang ditikam, dan 23 lagi diberkas.

Menurut polis tempatan, ramai penyokong Donald Trump dan penentang berhimpun di depan Mahkamah Agung kelmarin, masing-masing menyuarakan bantahan dan sokongan terhadap keputusan pilihan raya presiden. Walau bagaimanapun, kebanyakan penunjuk perasaan didapati tidak memakai pelitup muka.

Terdapat lapan mangsa cedera telah dihantar oleh Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) ke hospital. Antaranya empat yang ditikam parah, dua lagi cedera ringan dan dua lagi polis mengalami kecederaan.

胡星