Sekolah Diserang, Pelajar Masih Hilang

2020-12-14 12:28:35  CRI
Share with:

Sekolah Diserang, Pelajar Masih Hilang

Sebuah sekolah berasrama diserang oleh anggota bersenjata di negeri Katsina, utara Nigeria semalam. Sebanyak 333 orang pelajar masih dilaporkan hilang.

Gabenor Katsina, Aminu Masari berkata, serangan terhadap sekolah yang ada 830 orang pelajar itu berlaku pada malam Jumaat lalu. Sebahagian pelajar telah kembali ke sekolah selepas serangan berakhir. Antara pelajar yang masih hilang, ada yang diculik oleh kumpulan bersenjata berkenaan, manakala yang lain tidak diketahui di mana selepas melarikan diri.

Masari berkata, pihaknya sedang berusaha mencari dan menyelamatkan mereka yang hilang, di samping cuba menghubungi ibu bapa pelajar hilang. Jumlah pelajar yang diculik masih belum dipastikan.

Setakat ini, masih belum ada individu atau pertubuhan mengaku bertangjungjawab atas serangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, semua sekolah berasrama di Katsina telah ditutup. Polis sedang menjalankan operasi memburu militan terlibat.

覃淼