Iran Sedia Laksanakan Janjinya

2020-12-15 15:26:54  CRI
Share with:

Iran bersedia pulih melaksanakan janjinya dalam perjanjian komprehensif isu nuklear Iran sekiranya pelbagai pihak pemeterai yang terlibat menunaikan janji mereka.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata demikian dalam sidang media semalam.

Beliau menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin oleh presiden baharu, Joseph Biden kembali ke perjanjian tersebut dan menunaikan janji berkenaan.

Menurutnya, Iran tidak mengizinkan AS melanjutkan sekatan terhadap negaranya. Kerajaan Iran akan bertungkus lumus membawa rakyatnya menyingkirkan "beban paksa dan sekatan yang salah" daripada AS.

徐国玮