Upacara Pelantikan Biden Diadakan secara Sederhana

2020-12-16 15:16:32  CRI
Share with:

Upacara mengangkat sumpah Joseph Biden sebagai presiden akan diadakan secara sederhana pada awal tahun depan, ekoran pandemik COVID-19.

Suruhanjaya Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan perincian mengenai upacara tersebut semalam.

Menurutnya, upacara itu akan disertakan dalam lingkungan tertentu dan perarakan selepas upacara juga akan "ditimbang semula".

Selain itu, rakyat dinasihati mengelakkan sebarang perjalanan dan duduk rumah untuk menonton upacara tersebut.

Suruhanjaya tersebut telah mengundang bekas Ketua Pengarah Jabatan Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), David Kessler sebagai penasihat perubatan kanan, di samping meminta pandangan pakar perubatan lain.

Dalam pada itu, suruhanjaya pelantikan itu mengesahkan Biden dan Kamala Harris akan mengangkap sumpah di Capitol.

徐国玮