Ren Xiaoyuan Peroleh Hadiah UNEP

2020-12-16 15:13:51  CRI
Share with:

Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) semalam menganugerahkan hadiah pemuda pembela bumi 2020 kepada tujuh individu, termasuk ahli sains, jurutera, ahli perniagaan dan aktivis yang berusia 30 tahun ke bawah. Ren Xiaoyuan dari China yang berkhidmat dalam perlindungan sumber air dan penapisan air di desa memperoleh hadiah tersebut.

Ren yang berusia 29 tahun ialah pengasas platform MyH2O mengenai peta mutu air di China. Platform itu merekodkan mutu air bawah tanah di 1,000 kampung di seluruh China. Pengguna boleh mengetahui di mana ada air yang bersih melalui platform itu.

Selain itu, platform berkenaan juga mempopularkan pengetahuan tentang pencemaran air kepada golongan petani.

Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Andersen menyeru masyarakat antarabangsa bertindak untuk menghadapi tiga krisis yang paling serius iaitu perubahan iklim, kepupusan biodiversiti dan pencemaran alam sekitar.

徐国玮