Perjanjian EU-Britain Capai Kemajuan

2020-12-17 15:09:24  CRI
Share with:

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen semalam menyatakan, EU dan Britain telah mencapai penyelesaian bagi kebanyakan masalah. Tempoh beberapa hari akan datang amat ialah kunci bagi pencapai perjanjian muktamad.

Pada masa ini, EU dan Britain masih mempunyai percanggahan besar dalam isu persaingan adil dan perikanan.

Pada masa yang sama, Von der Leyen berharap Parlimen Eropah boleh menyegerakan kelulusan perjanjian sekiranya ia dicapai oleh EU dan Britain.

Menurut Perjanjian Brexit yang dicapai sebelum ini, tempoh peralihan Brexit akan berakhir pada akhir bulan ini. Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai perjanjian perdagangan, maka perdagangan kedua-dua pihak itu akan kembali ke dalam rangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bermula 2021. Oleh itu, pemeriksaan sempadan dan tarif turut akan dijalankan semula.

徐国玮