Rakyat Perancis Mula Terima Vaksin COVID-19 Akhir Disember

2020-12-17 11:30:04  CRI
Share with:

Perancis akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama pada minggu terakhir Disember ini.

Menurut Perdana Menteri Jean Castex, pemberian vaksin itu akan dimulakan sejurus selepa Agensi Pengawalan Perubatan Eropah (EMA) meluluskan vaksin itu pada 21 Disember.

Kebanyakan vaksin COVID-19 perlu disuntik sebanyak dua kali. Perancis telah menyimpan 200 juta dos vaksin yang mampu diberikan kepada 100 juta rakyatnya.

覃淼