Mike Pompeo Jalani Kuarantin

2020-12-17 12:33:09  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mula menjalani prosedur kuarantin berikutan ada kontak dengan seorang pesakit positif COVID-19.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, keputusan saringan Pompeo didapati negatif.

Menurut nasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Pompeo perlu dikuarantin, manakala kumpulan perubatan sedang mengikuti keadaan kesihatannya.

Selain itu, ucapan Pompeo pada majlis jamuan pada Selasa telah dibatalkan.

Menurut statistik terkini Universiti Johns Hopkins, setakat tengah hari Rabu waktu timur AS, sebanyak 16.75 juta kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di negara itu, antaranya lebih 304 ribu orang telah meninggal dunia.

覃淼