WSJ: Makin Banyak Sektor di China Saksi Pemulihan

2020-12-18 14:13:18  CRI
Share with:

Laporan The Wall Street Journal  (WSJ) pada Selasa menyebut ekonomi China mencatatkan pemulihan membabitkan sektor-sektor lebih luas.

Menurut laporan tersebut, petunjuk diguna pakai untuk mengukur aktiviti perkilangan di China melambung hingga ke tahap tertinggi, sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi ekonomi negara itu.

Terdahulu, Biro Statistik Negara (NBS) China mengumumkan, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi November merekodkan 52.1 peratus, iaitu naik 0.7 peratus berbanding Oktober; manakala indeks kegiatan perniagaan bukan perkilangan mencatat 56.4 peratus, dengan pertumbuhan sebanyak 0.2 peratus.

Laporan WSJ turut berbunyi, sektor perindustrian menerajui rejuvenasi ekonomi China sejak suku kedua tahun ini, sementara prestasi sektor perkilangan kekal kukuh apabila beberapa indeks menunjukkan tahap yang memuaskan, antaranya indeks penghasilan, indeks tempahan baharu dan indeks eksport baharu.

Selain itu, dengan keberkesanan pembendungan wabak COVID-19  di negara tersebut dan kehidupan masyarakat kembali normal, sektor perkhidmatan dapat bernafas semula bagi memacu pemulihan ekonomi domestik.

WSJ turut memetik ahli strategi pasaran global dari Pengurusan Aset J.P. Morgan, Zhu Chaoping sebagai berkata, prestasi industri perkilangan China dijangka kekal kukuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

董筱娉