Vaksin COVID-19 Tidak Disambut Baik di AS

2020-12-18 13:23:06  CRI
Share with:

Walaupun Amerika Syarikat (AS) mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada rakyatnya pada 15 Disember lalu, namun keinginan rakyat untuk menerima vaksin itu kurang tinggi, terutamanya golongan kakitangan perubatan.

Keselamatan vaksin itu dipersoalkan setelah banyak penerima vaksin menunjukkan tanda-tanda kurang baik. Selain itu, syarat penyimpanan vaksin buatan Pfizer amat ketat dan sebahagian vaksin hilang keberkesanan dalam proses pengangkutan.

Oleh yang demikian, keinginan rakyat AS terutamanya kakitangan perubatan untuk menerima suntikan vaksin itu semakin berkurangan, malah menolaknya.

Menurut tinjauan pendapat oleh Universiti California cawangan Los Angeles, dua pertiga kakitangan perubatan berharap suntikan vaksin dapat ditangguhkan malah dibatalkan. Lebih separuh responden berpendapat, penyelidikan dan pembangunan vaksin itu dijalankan terlalu tergesa-gesa disebabkan tekanan dari kerajaan persekutuan.

Pakar berpendapat, suntikan vaksin yang tidak disambut baik di kalangan rakyat akan membawa cabaran besar kepada kawalan wabak di negara itu.

胡星