Coca Cola Potong 2,200 Pos Kerja

2020-12-18 14:38:02  CRI
Share with:

Syarikat Coca Cola semalam mengumumkan akan memotong 2,200 pos kerja akibat jualannya menjunam semasa pandemik COVID-19. Jumlah tersebut mewakili 12 peratus jumlah pekerja syarikat itu.

Selain memotong pos kerja, Coca Cola juga akan mengurangkan badan pengurus di empat kawasan di Amerika Syarikat (AS) daripada 17 kepada 9. Namun perincian tentang badan-badan itu tidak didedahkan.

Pendapatan bersih Coca Cola berjumlah USD8.7 bilion (RM35.1 bilion) pada suku ketiga tahun ini, menurun 9 peratus. Banyak restoran di negara itu mengalami impak besar malah ada yang terpaksa ditutup. Ini antara punca penurunan jualan Coca Cola.

徐国玮