Tabung Gates Seru Pengagihan Vaskin secara Adil

2020-12-19 15:41:00  CRI
Share with:

Tabung Bill & Melinda Gates semalam sekali lagi menyeru pengagihan dan penggunaan vaksin COVID-19 secara adil dalam rangka COVAX yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan Persekutuan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI).

Antara sembilan jenis vaksin COVID-19 yang disokong oleh CEPI, terdapat dua jenis vaksin adalah dibangunkan oleh China. Vaksin-vaksin tersebut kemungkinan disenaraikan dalam pembelian dan pengagihan program vaksin COVAX.

Pegawai kanan perwakilan Tabung Gates di Beijing, Du Heng menyatakan hanya 33 peratus kes kematian akibat wabak COVID-19 dapat dielakkan sekiranya vaksin diperoleh oleh mereka yang mampu membelinya. Namun sekiranya vaksin itu diagihkan secara lebih adil, iaitu berdasarkan populasi pelbagai negara, maka sebanyak 61 peratus kes kematian dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, beliau menjelaskan, pengagihan dan penggunaan vaksin secara adil amat signifikan bagi membendung penularan wabak di lingkungan seluruh dunia.

China yang menganggotai program vaksin COVAX secara rasmi pada 8 Oktober lalu, merupakan entiti ekonomi terbesar yang terlibat dalam program tersebut.

Kementerian Luar China sebelum ini menyatakan, pihaknya komited menyokong pengagihan vaksin secara adil dan akan menjamin bekalan vaksin kepada negara-negara membangun.

徐国玮