AS Tutup Konsulat di Vladivostok

2020-12-20 14:59:12  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menutup konsulatnya di Vladivostok di samping menghentikan kerja konsulat di Yekaterinburg untuk sementara waktu.

CNN memetik jurucakap Jabatan Negara sebagai berkata, langkah tersebut bertujuan untuk menghadapi cabaran akibat sekatan Rusia terhadap diplomat AS bermula 2017 serta kekurangan diplomat akibat kebuntuan masalah visa diplomatik kedua-dua negara.

Sebanyak 10 orang diplomat yang bertugas di kedua-dua konsulat tersebut akan dipindahkan ke kedutaan besar AS di Rusia.

徐国玮