COVID-19: Beberapa Varian Baharu Dikesan

2020-12-22 13:43:39  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan beberapa mutasi baharu COVID-19 telah ditemui dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Michael Ryan dalam sesi taklimat pada Isnin memaklumkan, walaupun sebahagian daripadanya telah mempercepat penularan COVID-19 di beberapa negara, namun tiada sejenis varian mampu menyebabkan penyakit dialami lebih teruk atau terlepas daripada dikesan, serta juga tidak dapat mempengaruhi keberkesanan vaksin.

Negara-negara terbabit kini telah mengambil langkah pencegahan awal termasuk mengetatkan perintah kawalan COVID-19 ke peringkat tertinggi, dan melaksanakan sekatan perjalanan rakyat ke luar negara.

Michael Ryan merayu supaya dunia menggembleng tenaga untuk mengekang pemerebakan COVID-19 menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

周乔西