40 Negara, Wilayah Larang Penerbangan dari Britain

2020-12-22 15:55:31  CRI
Share with:

Lebih 40 negara dan wilayah mengeluarkan perintah melarang semua penerbangan dengan Britain susulan penemuan mutasi baharu COVID-19 di negara itu.

Kementerian Penerbangan Awam India mengumumkan keputusan untuk menggantung semua penerbangan dari Britain bermula pada Rabu hingga akhir bulan ini.

Pihak berkuasa penerbangan awam Kuwait pula menguatkuasakan larangan berkenaan bermula Isnin bagi mencegah pemerebakan strain baharu tersebut, dan menyenaraikan Britain sebagai negara berisiko tinggi COVID-19.

Penumpang dari Britain diwajibkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di negara ketiga dan mendapat sijil hasil negatif ujian asid nukleik (NAT) sebelum memasuki Kuwait.

Perintah larangan yang sama turut dikeluarkan  negara-negara termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Finland.

Akhir-akhir ini, pandemik COVID-19 didapati lebih cepat merebak di beberapa wilayah di Britain. Kerajaan sedang menyiasat sama ada situasi seumpama mempunyai kaitan dengan sejenis varian baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

梁靓