Varian Baharu COVID-19 Lebih Mudah Berjangkit

2020-12-23 14:18:06  CRI
Share with:

Varian Baharu COVID-19 Lebih Mudah Berjangkit

Varian baharu virus COVID-19 yang ditemui di Britain didapati lebih mudah merebak dengan kadar keberjangkitan dijangka bertambah 40% hingga 70%, dan nilai kadar kebolehjangkitan atau R naught (R0) meningkat sebanyak 0.4, iaitu pada 1.5 hingga 1.7.

Maklumat tersebut disiarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa berdasarkan hasil analisis awal dibuat penyelidik Britain mengenai mutasi baharu COVID-19.

Setakat 13 Disember, sebanyak 1,108 kes jangkitan disebabkan varian baharu itu telah dikesan di Britain.

WHO menyarankan supaya kajian epidemiologi dan virologi terus dijalankan untuk mengetahui perubahan mutasi virus dari segi keberjangkitan dan kepatogenan.

周乔西