Lebuh Raya Pertama Laos Siap Lebih Awal

2020-12-24 14:03:39  CRI
Share with:

Segmen Vientiane-Vang Vieng projek lebuh raya yang dibangunkan bersama China dan Laos dibuka pada Ahad lalu, 13 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam berkata siapnya lebuh raya pertama Laos itu dipercayai akan menyuntik momentum baharu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan, menjana pembangunan sosioekonomi, selain mempergiat kerjasama perdagangan rentas sempadan dan pertukaran sosiobudaya. 

Lebuh raya yang diusahakan China dan Laos itu panjangnya kira-kira 440 kilometer, dilaksanakan menerusi  empat fasa. Fasa pertama iaitu segmen Vientiane-Vang Vieng yang sepanjang kira-kira 110 kilometer akan memendekkan masa perjalanan antara dua bandar itu daripada 3.5 jam kepada satu jam. 

梁靓