COVID-19: Lagi Varian Baharu Dikesan di Britain

2020-12-24 14:11:11  CRI
Share with:

Kerajaan Britain akan mengetatkan perintah kawalan COVID-19 ke peringkat tertinggi di timur England dan lebih banyak wilayah di bahagian tenggara mulai 26 Disember susulan lonjakan jangkitan disebabkan varian baharu yang cepat menular di negara itu baru-baru ini.

Terkini, satu lagi mutasi genetik baharu virus dilaporkan di Britain.

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock dalam sesi taklimat pada Rabu memaklumkan dua kes varian baharu yang lain sudah dikesan dan kedua-duanya adalah kontak kes yang melakukan perjalanan dari Afrika Selatan selama beberapa minggu terakhir.

Katanya, varian baharu itu sangat membimbangkan kerana ia lebih mudah menular dan kelihatannya sudah bermutasi lebih jauh daripada varian baharu yang dijumpai di Britain.

Pakar dan penyelidik sedang menjalankan kajian lebih lanjut pada varian baharu tersebut.

周乔西