AS Rekod Kematian Tertinggi dalam Sejarah

2020-12-26 15:49:44  CRI
Share with:

Angka kematian di AS dijangka mencecah 3.2 juta pada 2020, iaitu rekod paling tinggi dalam sejarah negara itu. 

Dalam pada itu, penularan wabak COVID-19 dianggap penyebab utama.

Demikian laporan akhbar "The Guardian" Britain dalam artikel yang disiarkan di laman sesawangnya baru-baru ini.

Di samping itu, pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Robert Anderson berkata, jangka hayat rakyat negara itu kemungkinan akan berkurang 3 tahun akibat kematian yang begitu tinggi.

Ahli demografi dari Universiti New Hampshire, Kenneth Johnson berkata, wabak COVID-19 menyebabkan lebih separuh kaunti di AS mencatatkan kadar kematian yang lebih tinggi daripada kelahiran pada tahun ini. Ia juga fenomena yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara itu.

张哲