Turki Sahkan Vaksin China Berkesan

2020-12-26 14:54:41  CRI
Share with:

Turki mengesahkan bahawa vaksin COVID-19 yang dibangunkan China terbukti selamat dan berkesan dalam memberi perlindungan, sekali gus boleh memulakan program vaksinasi untuk rakyatnya.

Menteri Kesihatan negara itu, Fahrettin Koca dalam sidang media pada Khamis berkata, vaksin COVID-19 hasil syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech didapati mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 91.25 peratus dalam mencegah jangkitan virus berkenaan dan tidak menyebabkan tindak balas bahaya.

Keputusan itu dibuat berasaskan analisis awal terhadap data dikumpul menerusi ujian klinikal vaksin percubaan membabitkan sukarelawan.

Difahamkan, kumpulan pertama bekalan vaksin China sebanyak 3 juta dos dijangka tiba di Turki dalam masa terdekat.

Program vaksinasi fasa pertama akan dilakukan menyasar seramai 9 juta orang dengan mengutamakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti seperti petugas perubatan.

董筱娉