COVID-19: Vaksinasi Bermula di Jerman

2020-12-27 16:23:32  CRI
Share with:

Jerman memulakan program vaksinasi di seluruh negara pada Ahad, dengan keutamaan diberi kepada golongan berisiko tinggi dijangkiti seperti warga emas dan petugas perubatan.

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn yakin negaranya mampu mengharungi cabaran semasa seawal mungkin.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya terus mematuhi perintah berkaitan pencegahan wabak ketika menunggu giliran  untuk menerima suntikan vaksin.

Sebanyak 1,627,103 kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di Jerman setakat Sabtu, antaranya 29,422 meninggal dunia.

董筱娉