Hari Antarabangsa Pertama untuk Cegah Penyakit Epidemik

2020-12-29 14:54:44  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa perlu mengambil ikhtibar dari penularan COVID-19, dan mengintensifkan peruntukan kepada usaha mencegah penyakit epidemik, untuk menangani insiden kesihatan cemas yang mungkin berlaku pada masa depan.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Hari Antarabangsa Pencegahan Penyakit Epidemik Pertama yang jatuh pada kelmarin.

Kata beliau, usaha menyempurnakan sistem kesihatan yang pantas serta memperhebat perlindungan kemasyarakatan dan kerjasama teknikal antara pelbagai negara amat penting. Perpaduan dan penyelarasan dalam negara dan antara kerajaan juga perlu diintensifkan.

高蕾