PBB Seru Jadikan 2021 Sebagai Tahun Penyembuhan

2020-12-30 14:01:40  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru kerjasama dan perpaduan masyarakat antarabangsa  dalam menangani krisis dan kesukaran ekoran pandemik COVID-19 bagi menjadikan 2021 sebagai tahun penyembuhan.

Dalam ucapannya sempena sambutan tahun baharu menerusi rakaman video kelmarin, Antonio Guterres berkata, gejala miskin, ketidaksamarataan dan kebuluran semakin serius di dunia pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19, selain peluang kerja terus berkurangan dan beban hutang semakin berat.

Bagaimanapun, Guterres bersikap optimis terhadap tahun baharu yang mempunyai "sinar harapan" berikutan tindakan ramai orang sudi menghulurkan bantuan kepada orang lain, perkerja-pekerja berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan mengawal wabak, ahli sains pula membangunkan vaksin dengan cepat. Di samping itu, pelbagai negara  bersungguh-sungguh komited menangani perubahan iklim.

Sementara itu, Guterres berkata, perubahan iklim dan pandemik COVID-19 hanya dapat ditangani masyarakat antarabangsa yang mengamalkan nilai 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing'.

 

吕清