Tedros: Ketepikan Ikhtibar atau Saling Bantu? Pilihan Untuk Tahun Baharu 2021

2020-12-31 15:01:42  CRI
Share with:

Kerajaan pelbagai negara seharusnya menambah peruntukan kewangan dalam sektor kesihatan awam, agar menjamin semua orang mendapat vaksin COVID-19 dan membuat persiapan lebih cukup bagi mencegah dan menghadapi kemungkinan berlakunya pandemik yang baharu.

Demikian dinyatakan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros semalam.

Katanya, tahun 2020 telah menyaksikan respons manusia yang paling pantas dalam lingkungan yang paling luas dalam sejarah silamnya bagi menangani insiden kesihatan cemas yang menular di seluruh dunia, dan juga menyaksikan betapa cepatnya penyelidikan dan pembangunan vaksin, penggunaan cara perubatan dan alat diagnosis yang terkini.

Sementara itu, golongan berisiko semestinya diagih vaksin terlebih dahulu, dan langkah pencegahan dalam proses pengambilan vaksin mesti diketatkan.

Bagaimanpun, percanggahan politik dan perselisihan komuniti telah memicu berlakunya krisis. Ingatlah bantuan dan solidariti barulah senjata untuk mengalahkan wabak berkenaan.

Terdepan dengan tahun 2021, umat manusia mempunyai dua pilihan, iaitu menerima pendekatan yang berbau prasangka, teori komplot dan serangan terhadap sains dan teknologi, sehingga masyarakat mengalami kesengsaraan yang tidak perlu? atau saling membantu, membahagikan vaksin secara adil, membekalkan saranan dan rawatan yang tepat? Pilih mana? Keputusan ini mudah dibuat, apabila kita nampak munculnya sinaran dari awan gelap.

高蕾