Kenapa Ukur Ketinggian Badan di Angkasa Lepas?

2021-12-29 15:43:14  CRI
Share with:

Tiga orang angkawasan China kelihatan sedang saling membantu mengukur ketinggian badan masing-masing di stesen angkasa lepas. Kenapa mereka yang sudah dewasa masih perlu diukur ketinggian badan di angkasa lepas?

Tulang belakang angkasawan berubah menjadi lebih panjang ketika berada di angkasa lepas. Oleh itu, badannya turut menjadi lebih tinggi jika berbanding statusnya berada di bumi. Tujuan ketiga-tiga angkasawan China tersebut saling membantu mengukur ketinggian badan masing-masing adalah untuk mengetahui impak grativiti sifar terhadap tubuh badan manusia.

Selain itu, wajah ketiga-tiga angkasawan tersebut nampaknya lebih “gemuk” daripada keadaannya ketika di bumi. Ini disebabkan terdapat lebih banyak darah yang mengalir ke bahagian kepala dalam keadaan graviti sifar.