Kerjasama Ekonomi Rentas Selat Taiwan Kekal Rancak

2021-12-29 17:22:47  CRI
Share with:


Tanah Besar China berjanji akan terus berkongsi peluang pembangunan dengan saudara setanah air dari Taiwan serta melakukan yang terbaik untuk menjamin kebaikan dan kesejahteraan mereka.

Demikian ujar jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang dalam sidang media di Beijing, hari ini.

Menurut beliau, aktiviti pertukaran dan kerjasama ekonomi rentas selat kekal mantap dari empat aspek sepanjang tahun 2021.

Kehadiran ramai peniaga Taiwan ke Tanah Besar merupakan antara yang banyak menyumbang kepada lonjakan tertinggi nilai perdagangan kedua-dua pantai selat.

Data rasmi menunjukkan, bermula Januari hingga November, jumlah keseluruhan dagangan berkenaan menokok 27.3 peratus kepada AS$298.28 bilion (RM1.248 trilion).

Selain itu, syarikat-syarikat Taiwan juga mengembangkan sayap di Tanah Besar China.

Ma berkata, dengan adanya bantuan dan insentif, pemain industri Taiwan beralih ke bidang pertanian, perhutanan dan lain-lain di Tanah Besar.

Pada masa sama, beberapa platform yang sedia ada turut merangsang aktiviti kerjasama ekonomi.