"Ancaman Serpihan Angkasa", Alasan Tuding Jari

2021-12-30 13:51:37  CRI
Share with:

Semua negara perlu menghormati dan mendukung orde angkasa berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan mengambil sikap bertanggungjawab bagi melindungi keselamatan angkasawan serta pengoperasian fasiliti berkenaan.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing pada Rabu.

Tahun ini, satelit Starlink yang dilancarkan syarikat SpaceX Amerika Syarikat (AS) telah dua kali mendekati stesen angkasa lepas China apabila angkasawan negara ini sedang bertugas di sana.

Kejadian itu dilaporkan kemungkinan menyebabkan masyarakat antarabangsa menaiktarafkan Perjanjian Ruang Angkasa (OST).

Media asing turut memetik beberapa pakar asing sebagai berkata, serpihan di ruang angkasa yang terhasil daripada aktiviti China mungkin mengundang risiko tertentu.  

Sehubungan itu, Zhao membalas dengan menyatakan, menurut OST 1967, semua negara perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti di angkasa lepas yang dilakukan syarikat swasta masing-masing.

Dengan memperkecil isu keselamatan angkasawan, media terbabit kini menguar-uarkan "ancaman serpihan angkasa". Niat mereka jelas terpampang, iaitu memburuk-burukkan aktiviti China di ruang angkasa dan mengalihkan perhatian masyarakat antarabangsa.

Tegas Zhao lagi, China komited menggunakan angkasa lepas secara aman demi kebaikan umat manusia, di samping terus mengekalkan komunikasi dan kerjasama dengan negara lain.