Vaksin COVID-19 Protein Rekombinan Punya Perlindungan Lengkap: Pakar Sinopharm

2021-12-30 15:57:02  CRI
Share with:


Vaksin COVID-19 jenis protein rekombinan generasi kedua buatan China merupakan vaksin seumpama yang pertama mendapat kelulusan untuk penggunaan kecemasan di dunia.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan dan Pencegahan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan penggunaan kecemasan dos penggalak vaksin tersebut, iaitu hasil produk Kumpulan Biotek Nasional China (CNBG) kendalian Sinopharm.

Pengarah Institut Vaksin dan Serum Nasional di bawah Sinopharm, Li Qiming mengesahkan, vaksin berkenaan mempunyai perlindungan spektrum luas terhadap beberapa varian koronavirus, serta menunjukkan keselamatan dan keberkesanan yang baik.