Kuman di Seberang Lautan Tampak, Gajah di Pelupuk Mata Tiada Tampak

2021-12-30 16:45:22  CRI
Share with:

Mungkin ada yang tak tahu, tapi sekarang di bandar popular Xi’an sedang mengalami penularan baharu wabak COVID-19 varian Delta dan sejak seminggu lalu dilaporkan lebih seribu orang terjangkit.

 

Tapi, tatkala pihak kerajaan tempat berhempas pulas untuk mengawal keadaan, ada media luar yang memfitnah bahawa bandar dengan populasi 13 juta orang itu kini gagal menjamin bekalan makanan setelah melaksanakan perintah berkurung sejak seminggu yang lalu.

 

Seperti biasa, kad yang mereka pakai adalah “hak asasi manusia” dan mereka menyebut bahawa kawalan wabak China telah melanggar hak tersebut.

 

Benar, situasi cemas dan kecuaian yang dihadapi oleh pihak pentadbiran bandar Xi’an memang menimbulkan masalah. Kalau tengok gangguan terhadap penduduk tempatan, memang persiapan bekalan kurang lengkap setelah perintah kawalan pergerakan yang menyeluruh selain sudah mendapat keputusan negatif dalam pemeriksanan dikeluarkan pada 27 Disember.

 

Khususnya kami sudah cukup berpengalaman dalam pelaksanaan perintah berkurung, sepatutnya ada pelan yang lengkap untuk menjamin bekalan penduduk kalau melaksanakan perintah berkurung secara menyeluruh.

 

Bagaimanapun keadaan ini berlarut dua hari saja, kerajaan telah mulai menyediakan bekalan makanan yang percuma untuk setiap keluarga semalam dengan sokongan dari seluruh negara.

 

Tapi, kalau kesilapan atau kecuaian tersebut dijadikan alasan bahawa dasar kawalan wabak di China adalah teruk, Satria fikir ini kurang adil.

 

Ini sedikit kronologi yang mungkin Satria boleh kongsikan tentang penularan baharu ini.

 

Wabak Xi’an kali ini berpunca dari kes import lagi. Hasil kajian gen mendapati varian Delta yang tersebar di bandar itu sama dengan kes yang didapati dalam penerbangan dari Pakistan pada 4 Disember lalu, manakala pakaian pelindung staf di hotel kuarantin didapati terdapat kebocoran.

 

Ini sudah membuktikan dasar kawalan wabak di China berkesan. Wabak kali ini ekoran kesilapan dalam pelaksanaan dasar tersebut.

 

Kes baharu yang dikesan setiap hari pula mulai menurun. Yang paling penting, tiada kes kematian dalam wabak kali ini.

 

Kalau tengok jumlah kes yang dikesan, kesemuanya lebih 1000 dalam 10 hari dan ia memang cukup mengejutkan di China sebab kami dah lama tiada kes yang sebegitu banyak.

 

Tapi, kena ingat juga kalua ikut statistik dunia, ia adalah masih berada pada taraf yang paling rendah.

 

Untuk sedikit perspektif, kes baharu harian di Amerika mencatat 267 ribu dan kes kematian harian mencatat 1243 secara purata dalam seminggu yang lalu.

 

Disebabkan kekurangan guru, sekolah di negara itu tertutup. Disebabkan kekurangan anak kapal, penerbangan banyak dibatalkan. Disebabkan kekurangan staf di pelabuhan, rantaian bekalan global terganggu.

 

Jadi, adakah itu bukan gangguan terhadap kehidupan penduduk? Dan, adakah itu juga tidak menjejaskan apa yang disebut sebagai “hak asasi manusia”?

 

Secara logiknya, kalau “manusia” pun sudah tiada, apa lagi yang dilaung-laungkan “hak asasi manusia”?

 

Inilah dia sama bak kata pepatah, “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak”. Apa yang mereka nampak adalah kesilapan kecil orang lain. Tapi, kesalahan mereka yang begitu besar langsung tak nampak.