Dagangan Import Eksport China-Anggota RCEP Cecah RMB11 trilion

2021-12-30 15:18:04  CRI
Share with:

Dari Jan hingga Nov, perdagangan import eksport China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah mencatat RMB10.96 trilion (RM7.17 trilion), iaitu menyumbang 31 peratus kepada jumlah perdagangan luar China.

Untuk rekod, terdapat enam negara ASEAN dan empat bukan negara ASEAN sudah menyerahkan suara penentusahan secara rasmi, supaya RCEP memenuhi syarat untuk berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Januari 2022.

Menurut Jabatan Pantadbiran Kastam Am China (GAC), daripada 701 fasal bon tanggungan RCEP, sebanyak 174 fasal dipertanggungjawab di bawah GAC sendiri atau secara bersama dengan jabatan lain.

Dalam satu sidang taklimat yang diadakan pada Rabu, GAC turut memaklumkan pihaknya sudah bersedia untuk pelaksanaan RCEP.

Setakat ini, semua dokumen yang diperlukan untuk diratifikasi bagi langkah import dan eksport sudah dikurangkan daripada 86 buah pada tahun 2018 kepada 41 buah.

Selain keperluan kerahsiaan, kesemua 38 buah dokumen boleh diserahkan bagi tujuan permohonan, pemeriksaan dan kelulusan tanpa kertas melalui “laluan tunggal” perdagangan antarabangsa dalam talian.   

Tambah GAC, antara 10 buah negara anggota RCEP yang sudah membentuk sistem “pengendali ekonomi sah” (AEO), China sudah menandatangani pengesahan antara satu sama lain dengan lima negara, menyelesaikan rundingan berkenaan dengan Malaysia dan sedang mendorong kerjasama dalam bidang itu dengan Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.