45 Syarikat Setuju Taja Olimpik 2022 di Beijing

2021-12-31 13:19:32  CRI
Share with:

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing memaklumkan sebanyak 45 syarikat sudah menandatangani kontrak penajaan untuk temasya yang berlangsung pada tahun depan.

Jelas Pengarah Jabatan Pembangunan Pemasarannya, Piao Xuedong, ia adalah termasuk 11 rakan  kerjasama, 11 syarikat penaja rasmi, 10 syarikat pembekalan eksklusif dan 13 syarikat pembekalan.

"Sebagai elemen penting dalam rancangan penerokaan pasaran, sebanyak 29 buah francais penghasilan telah dibuka dan dua daripadanya khusus mengambil pekerja berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

"Manakala, jumlah syarikat runcit francais pula kini adalah sebanyak 58 buah, dengan lebih 5,000 produk eksklusif yang terdiri daripada 16 kategori telah dihasilkan," ujar beliau.

Piao berkata, produk berkenaan akan memberi manfaat bagi mempromosi semangat Olimpik serta konsep penganjuran Sukan Olimpik iaitu hijau, berkongsi, terbuka dan bersih di samping mendorong pertukaran antara tamadun Cina dengan tamadun pelbagai negara seluruh dunia.

Selain itu, produk berkenaan dijangka boleh menggalakkan lebih ramai orang menyertai acara sukan, sekali gus merealisasikan matlamat “300 juta orang menyertai acara sukan ais dan salji”.