Prestasi Dagangan Luar China Terus Kukuh

2021-12-31 12:12:15  CRI
Share with:

Prestasi dagangan luar China meneruskan momentum kukuh dengan jumlah import dan eksport barangan dijangka mencecah USD6 trilion (RM25 trilion) sepanjang 2021.

Angka itu meningkat lebih 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, maklum Naib Menteri Perdagangan, Ren Hongbin dalam sesi taklimat di Beijing pada Khamis.

Menurutnya, dalam tiga suku pertama tahun ini, eksport bersih barangan dan perkhidmatan memberikan rangsangan dua mata peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China, dengan kadar sumbangan sebanyak 19.5 peratus.

Dalam tempoh sama, China menyumbang sebanyak 14.1 peratus kepada pertumbuhan import global. 

Pada fasa seterusnya, kementerian tersebut akan terus mendorong pembangunan inovatif sektor perdagangan luar, membantu perusahaan terbabit meneroka pasaran, di samping meningkatkan taraf kerjasama perdagangan di lingkungan sejagat.