PMI Sektor Industri Pembuatan China Terus Meningkat

2021-12-31 13:36:08  CRI
Share with:

Indeks Output Komposit Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor industri pembuatan China mencatat 50.3 peratus pada Disember.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya, selain merupakan peningkatan untuk dua bulan berturut-turut.

Susulan terdapatnya perubahan PMI sektor industri pembuatan pada sepanjang tahun ini, kadar puratanya dicatatkan sebanyak 50.5 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding tahun 2019 dan 2020.

Secara tidak langsung, perubahan itu menandakan bahawa keadaan keseluruhan ekonomi di China terus pulih.

Pakar menyifatkan ekonomi China berjaya memperlihatkan daya tahan dan kedinamikan yang kuat dalam pemulihan tersebut.

Menurut mereka, pencapaian cemerlang itu telah digapai dalam keadaan negatif termasuk pertumbuhan ekonomi yang perlahan, peningkatan mendadak harga komoditi pukal antarabangsa,  pandemik dan bencana alam yang berleluasa.

Dengan struktur industri China makin dioptimumkan pada tahun 2021, PMI sektor industri pembuatan kelengkapan dan sektor industri pembuatan teknologi tinggi masing-masing purata mencatat 52 peratus dan 54 peratus.

Manakala, indeks pengeluaran dan indeks tempahan kedua-dua bidang itu beroperasi secara berterusan pada taraf yang lebih baik.

Ini membuktikan momentum baharu yang diwakil kedua-dua sektor itu berkembang pantas.