Laporan Kemajuan Puncak Pelepasan Karbon dan Neutral Karbon 2021

2021-12-31 14:01:42  CRI
Share with:

Penyusunan semula struktur industri dan tenaga serta melaksanakan penjimatan dan mengoptimumkan kecekapan adalah pendekatan kunci untuk mencapai matlamat puncak pelepasan karbon dan neutral karbon.

Demikian umum Laporan Kemajuan Puncak Pelepasan Karbon dan Neutral Karbon Tahun 2021 yang dikeluarkan di sini, pada Rabu.

Menurut Penyelidik Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China, Jing Chunmei, China akan memberi perhatian kepada industri yang menggunakan tenaga berlebihan dan mengoptimumkan struktur.

Jelasnya, ia adalah susulan jumlah karbon yang dilepaskan dalam industri kimia, logam, logam bukan ferus, kaji logam, besi dan keluli melebihi 80 peratus.

"Kami akan mendorong transformasi tenaga menerusi pengurangan arang batu, menstabilkan penggunaan petroleum, mengintensifkan gas asli di samping menambah tenaga baharu.

"China juga akan menjimatkan tenaga dan memperhebat kecekapan dalam bidang pengangkutan, pembinaan dan perindustrian," kata Jing.

Sebagai matlamat bersama sejagat, 2021 menyaksikan sebanyak lebih 50 negara telah mewujudkan kemuncak pelepasan karbon, manakala lebih 130 negara dan rantau komited merealisasikan neutral karbon.